
|
Assalamualaikum ![]() Hello dan selamat datang ke blog saya. Di sini tempat saya curahkan perasaan dan buah fikiran. Maaf jika tersilap bahasa atau tersalah di mana mana ![]() ![]() Tagboard
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back. ![]() ![]() ![]() |
Salam Perkenalan. Hai & apa khabar dear bloggers & readers. Salam perkenalan dari saya. Hm, setelah sekian lama tak berblogging harini saya nak aktif semula. Kenapa ya? Sebab nak mengisi masa masa bosan untuk bercerita , berkongsi & meluah perasaan kat sini. Hihi. Kalau tengok balik blog lama lama tahun 2010,2011 dulu memang hahaha. Taktau nak cakap apa. Bahasa kemain rempit lagi. Sekarang alhamdulillah, dah reti mengarang. Yelah, time form 5 dulu belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh. Saya ulangi, BERSUNGGUH-SUNGGUH. Ceh, kononnya bersungguh-sungguh. Setakat berblogging ni rasanya dah dekat 10 kali buat blog dan 10 kali jugak delete. Zaman kanak kanak hingusan dulu ye lah, trending macam macam pattern dan bahasa kan. Rasa tak suka ja delete. Lepastu 24 mengadap computer buat blog sampai study entah kemana. Tapi, alhamdulillah, sekarang tengah sambung QS kat UiTM Sri Iskandar. Rezeki Allah nak bagi kan. Dulu dalam kelas belambak gred C, D. A tu 5 pun tak sampai. Sebenarnya nak cerita apa pun taktau pasal perkenalan ni. Hehe. Tapi takpa, lama lama hampa tau la ceq ni mengarang macam mana. Muak hampa nak baca nanti. Rasanya ni je kot post untuk permulaan. Kalau ada cadangan nak suruh post pasal apa apa komen kat hover me tu. Insya Allah dipertimbangkan. |