SESEORANG Post Follow Dash



Shaza Khairunnisa
Shaza Khairunnisa;

Assalamualaikum


Hello dan selamat datang ke blog saya.
Di sini tempat saya curahkan perasaan dan buah fikiran.
Maaf jika tersilap bahasa atau tersalah di mana mana



Be careful of laughing at others for perhaps Allah might forgive their ignorance and not forgive your arrogance. HR.Muslim



Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.





NEW SEMESTER

Hai & Assalamualaikum.

Hai readers? Sihat ke semua? jhsjhdudsgdx

Macam dah terlambat je nak cerita pasal semester baru ni. Dah sebulan lebih belajar kat UITM SIberjalan dengan lancar. yang bestnya semester ni hari jumaat takda kelas hari jumaat. Maknanya cuti jadi tiga hari. Heavennyaaaa ! heaven tak heaven semester ni tak macam sem lepas sebab this sem belajar subject yang agak mencabar. And yang paling mencabar setakat ni Construction Law dan yang menjadi nightmare kepada student QS ialah MEASUREMENT CONSTRUCTION TECHNOLOGY. Mencabar sunnguh ni. Harap harap dapat bawa semua subject yang mencabar minda ni dengan baik. Doakan aku :)

Betul lah kata orang, bila masuk ke alam universiti ni macam macam jenis orang yang kita jumpa dan pelbagai ragam. Yang baik tu baik la, yang sebaliknya tu sabar je melayan. Umur macam sekarang dah sepatutnya bergaduh pasal hal hal kecil. Yelah, dah sepatutnya fikir benda utama yang kita nak capai bukan benda yang remeh temeh. Antaranya, cemburu tak tentu pasal, terasa tak tentu pasal. Haaa. Hampa pun mesti ada kawan yang jenis ni kat kampus kan. Sabar je la melayan. Awal sem haritu  baik je semua tegur orang tapi bila makin lama baru nampak sikap sebenar. But what to? Nak bersama sama 4 semester lagi dalam kelas yang sama. Kalau dah ada kawan yang macam tu jangan pulak kita pun jadi macam dia. Apa yang dia buat pun jangan sesekali dibalas balik. Buat taktahu je. okay? Ingat, kita dah masuk universiti, perangai kena matang. Biar lah orang lain nak cari salah kita, nak cari buruk kita janji kita tahu apa yang kita buat betul. Tahu niat utama kita kat sini nak belajar. So, apa pun semuanya berbalik pada niat kita. Kalau elok niat tu, baik la jadinya. Kalau tak? Wallahua'lam. Aku rasa semua student universiti ni experience benda yang aku cerita macam kat atas ni kan? Kesimpulannya, semuanya bergantung atas diri sendiri dan bergantung pada cara kita untuk handle masalah yang ada. Selamat belajar kepada sesiapa yang start semester sama bulan dengan aku.


2 January 2015
9 : 20 PM

Assalamulaikum :)

     Esok hari lahir Nabi kita lah. Semua ingat tak? Sama sama kita imarahkannya dengan berselawat kepada kekasih Allah iaitu Muhammad S.A.W. Bukan hari esok je tau , lepas solat atau masa lapang yang terluang kita ingat kat dia. Pesanan buat diri sendiri yang sering terlupa.

     Bila kenang balik memori tahun lepas , rasanya tak banyak pun special. Semuanya biasa biasa sahaja. Tapi rasa bersalah ni bertimpa timpa sebab terlalu lalai & leka. Harapnya tahun ni diri ini dapat dibentuk untuk menjadi seorang yang lebih dari baik dari masa yang lalu. Doakan saya ye :) . Rasanya semua orang suka memerhati kan? Bukan perhati benda yang tak elok tapi perhatikan ragam ragam orang ni. Lepas perhati mesti terdetik kat hati ni untuk jugde orang tu. Termasuk
lah yang sedang menaip entry ni. Daripada banyak banyak impression yang baik mesti banyak jugak yang buruk kan? Sebenarnya apa yang kita sangka tu tak semestinya betul tau? Tapi kadang kadang ada ja yang betul. Tapi lebih kepada tak betul. Bila terdetik je kat hati nak sangka buruk kat orang lain tu, cepat cepat lah ingatkan diri mungkin orang yang kita sangka tu lebih baik dari kita walaupun dia tak solat ke tak pakai tudung ke apa apa je lah. Mana lah nak tau kan mungkin ada amalan yang orang tu pernah buat lebih baik dari kita. Kita tak tahu kan? Lagi pun, Allah tak suka orang yang suka bersangka buruk ni, Jadi, kalau rasa nak tersangka buruk kat orang cepat cepat lah buang ye? Jangan jadi orang yang terlalu cepat nak jugde orang. Sebolehnya, iingat balik, cermin balik kekurangan yang ada pada diri. Kalau boleh , bersangka baik lah dengan semua orang. Tau? Beramal dengan perkara yang baik baik pasti ada ganjaranNya walaupun sebesar zarah.




Salam Perkenalan.

Assalamualaikum.

Hai & apa khabar dear bloggers & readers. Salam perkenalan dari saya. Hm, setelah sekian lama tak berblogging harini saya nak aktif semula. Kenapa ya? Sebab nak mengisi masa masa bosan untuk bercerita , berkongsi & meluah perasaan kat sini. Hihi. Kalau tengok balik blog lama lama tahun 2010,2011 dulu memang hahaha. Taktau nak cakap apa. Bahasa kemain rempit lagi. Sekarang alhamdulillah, dah reti mengarang. Yelah, time form 5 dulu belajar Bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh. Saya ulangi, BERSUNGGUH-SUNGGUH. Ceh, kononnya bersungguh-sungguh. Setakat berblogging ni rasanya dah dekat 10 kali buat blog dan 10 kali jugak delete. Zaman kanak kanak hingusan dulu ye lah, trending macam macam pattern dan bahasa kan. Rasa tak suka ja delete. Lepastu 24 mengadap computer buat blog sampai study entah kemana. Tapi, alhamdulillah, sekarang tengah sambung QS kat UiTM Sri Iskandar. Rezeki Allah nak bagi kan. Dulu dalam kelas belambak gred C, D. A tu 5 pun tak sampai. Sebenarnya nak cerita apa pun taktau pasal perkenalan ni. Hehe. Tapi takpa, lama lama hampa tau la ceq ni mengarang macam mana. Muak hampa nak baca nanti. Rasanya ni je kot post untuk permulaan. Kalau ada cadangan nak suruh post pasal apa apa komen kat hover me tu. Insya Allah dipertimbangkan.