SESEORANG Post Follow Dash



Shaza Khairunnisa
Shaza Khairunnisa;

Assalamualaikum


Hello dan selamat datang ke blog saya.
Di sini tempat saya curahkan perasaan dan buah fikiran.
Maaf jika tersilap bahasa atau tersalah di mana mana



Be careful of laughing at others for perhaps Allah might forgive their ignorance and not forgive your arrogance. HR.Muslim



Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.






2 January 2015
9 : 20 PM

Assalamulaikum :)

     Esok hari lahir Nabi kita lah. Semua ingat tak? Sama sama kita imarahkannya dengan berselawat kepada kekasih Allah iaitu Muhammad S.A.W. Bukan hari esok je tau , lepas solat atau masa lapang yang terluang kita ingat kat dia. Pesanan buat diri sendiri yang sering terlupa.

     Bila kenang balik memori tahun lepas , rasanya tak banyak pun special. Semuanya biasa biasa sahaja. Tapi rasa bersalah ni bertimpa timpa sebab terlalu lalai & leka. Harapnya tahun ni diri ini dapat dibentuk untuk menjadi seorang yang lebih dari baik dari masa yang lalu. Doakan saya ye :) . Rasanya semua orang suka memerhati kan? Bukan perhati benda yang tak elok tapi perhatikan ragam ragam orang ni. Lepas perhati mesti terdetik kat hati ni untuk jugde orang tu. Termasuk
lah yang sedang menaip entry ni. Daripada banyak banyak impression yang baik mesti banyak jugak yang buruk kan? Sebenarnya apa yang kita sangka tu tak semestinya betul tau? Tapi kadang kadang ada ja yang betul. Tapi lebih kepada tak betul. Bila terdetik je kat hati nak sangka buruk kat orang lain tu, cepat cepat lah ingatkan diri mungkin orang yang kita sangka tu lebih baik dari kita walaupun dia tak solat ke tak pakai tudung ke apa apa je lah. Mana lah nak tau kan mungkin ada amalan yang orang tu pernah buat lebih baik dari kita. Kita tak tahu kan? Lagi pun, Allah tak suka orang yang suka bersangka buruk ni, Jadi, kalau rasa nak tersangka buruk kat orang cepat cepat lah buang ye? Jangan jadi orang yang terlalu cepat nak jugde orang. Sebolehnya, iingat balik, cermin balik kekurangan yang ada pada diri. Kalau boleh , bersangka baik lah dengan semua orang. Tau? Beramal dengan perkara yang baik baik pasti ada ganjaranNya walaupun sebesar zarah.